Bila kita fikirkan kembali pembelajaran kita di sekolah. Kita semua belajar subjek seperti Geometri, Bahasa Inggeris, Sejarah

Sesetengah daripada kita bahkan mungkin mengambil jurusan Ekonomi.

Tetapi pembelajaran kita mengajar kita bagaimana untuk menghasilkan wang dalam kehidupan kita sendiri?

Adalah bukan rahsia lagi bahawa sekolah tidak mendedahkan tentang celik kewangan.

 

Anak-anak kita lulus dari sekolah menengah dan juga universiti tanpa memahami perkara pertama mengenai wang dan bagaimana membina  kekayaan dan memastikan kekayaan itu terjaga dan boleh menjadi legasi kepada keturunan kita.

Tetapi malangnya, ada yang lebih teruk dari itu.

Ini pernyataan yang berani, tetapi pada pendapat saya percaya sekolah mengajar orang bagaimana menjadi miskin.

Berikut adalah mesej sekolah yang disampaikan kepada pemikiran anak-anak kita.

  1. Dapatkan Pendidikan
  2. Dapatkan Pekerjaan yang Baik
  3. Dapatkan Kenaikan Pangkat
  4. Dapatkan Gaji yang Tinggi

 

Kemudian …

  1. Mereka memberitahu kita untuk menyimpan sebahagian daripada bayaran kita.
  2. Mereka memberitahu kita untuk meletakkan wang itu ke dalam akaun tabungan (dengan kadar faedah yang tidak bersaing dengan inflasi).

Inilah masalahnya: menjadi kaya di bawah paradigma ini secara matematik adalah mustahil.

Malah, sistem pendidikan ini direka untuk mengekalkan kebanyakan orang menjadi miskin. Sistem pendidikan membentuk mindset semua orang akan bekerja untu orang lain.  Dan akhirnya ramai orang takut untuk mencuba menjadi usahawan. Mereka rela  bekerja keras sepanjang hidup mereka hanya untuk bersaing nampak hidup senang dan untuk membayar segala tuntutan dalam hidup yang semakin mahal, tapi dengan kadar gaji yang tidak meningkat dengan banyak.

Kita telah ditanamkan dengan  ideologi ini, dan mentaliti pekerja – bahawa kita percaya kita tidak mempunyai pilihan.

Kita berfikir kepada diri sendiri, inilah caranya dan tidak banyak  alternatif yang kita ada.

Selalu kita  fikir seseorang harus dilahirkan kaya untuk mendapatkan lebih kekayaan.

Kita telah diajar bahawa manusia memerlukan wang untuk menghasilkan wang.

Mungkin sebahagiannya benar .

Tetapi, hari ini, ianya tidak lebih daripada alasan.

Mengapa?

Kerana internet. Kita berada di zaman maklumat – zaman pembelajaran secara sendiri.

Kita semua mempunyai akses ke internet tapi bagaimana cara kita menggunakannya bakal menentukan potensi diri kita.

Apa yang kebanyakan orang tidak menyedari ialah kita boleh menjadi kaya dengan mendidik diri kita sendiri. Kita boleh membuat wang untuk kerja yang dilakukan sebagai usahawan.

Ia mudah. Kita hanya perlu mengabaikan semua yang dipelajari di sekolah dan berhenti mencari PEKERJAAN untuk menjadikan kita kaya.

Kita boleh melakukannya sendiri. Dengan cara berfikir yang betul  dan yang betul itu tahu bagaimana.

Kita semua mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menjadi usahawan dan mencapai kekayaan.

Ia adalah mengenai bagaimana anda menggunakan kekuatan untuk mencipta kekayaan.

Percayalah, inilah pendidikan hari ini. Ia hanya belum tersedia di sekolah. Kita semua boleh melakukan. Kita semua boleh bina kekayaan. Sama ada kita mahu atau tidak sahaja.

Notakaki:

Idea dicedok dari buku Robert Kiyosaki