PROFIL PENGASAS

Latar belakang ROHANI AB AZIZ adalah seorang akauntan. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Pengajian Gabungan (Perakaunan) dari De Montfort University di Leicester, United Kingdom. Beliau juga merupakan graduan ACCA dan Perancang Kewangan.

Rohani kini adalah seorang Pengurus Agensi Kumpulan Public Mutual Berhad. Beliau menyediakan servis  khidmat nasihat dalam bidang perancangan kewangan untuk ramai pelanggannya.  Beliau adalah Jurulatih Induk dan beliau melatih serta menasihati lebih daripada 100 perunding kewangan.

Beliau bermula sebagai sebagai konsultan kewangan biasa pada tahun 2007 dan mencapai kemuncak kejayaan untuk menjadi salah seorang pemimpin dalam industri. Beliau memenangi banyak anugerah sebagai salah satu Pengurus Agensi Kumpulan Teratas.  Beliau memenangi  25 Pengurus Agensi Kumpulan terbaik  selama 5 tahun berturut-turut.

Sebelum menceburkan diri didalam bidang perancangan kewangan,  beliau adalah Pengurus Pengurusan Risiko Kredit dengan Ambank pada 2005-2007. Beliau bersama OCBC sebagai Pengurus Perhubungan  Pelanggan pada tahun 2003-2005. Pada 2001-2003, beliau bersama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memainkan peranan penting dalam membantu usahawan melayu baru menubuhkan perniagaan mereka. Pada tahun 1995-2001, beliau bekerja di JabatanAudit Dalaman dengan AmInvestment Bank.

Hasratnya adalah berkongsi  pengetahuan tentang perancangan dan pengurusan kewangan kepada lebih ramai wanita, kerana beliau percaya semua wanita di luar sana adalah calon terbaik untuk menjadi Pengurus Kewangan terbaik dalam”Ekonomi Rumah tangga” mereka.

8 TIPS WANG BEKERJA UNTUK ANDA

 

Berminat nak PENCEN AWAL ?

Ketahui tips dalam eBook ini yang buatkan anda mula buat rancangan!

Kemaskini maklumat di bawah untuk muat turun eBook PERCUMA ini.

 

Terima kasih kerana MUAT TURUN eBook Percuma. Jangan lupa periksa EMAIL anda untuk baca!